Hapuskan neraka

Jalan ceritanya mungkin nampak mudah, tapi sebenarnya pemain akan tahu bahawa rancangan sebenar Diablo adalah untuk berperang dengan kuasa syurga.




PLATFORM PC telah menjadi tapak kepada pelbagai tajuk bertemakan Role Playing Game (RPG). Pemain kini lebih cenderung kepada Massively Multiplayer Online RPG (MMORPG). Mereka boleh bekerjasama dan berinteraksi dengan pemain lain dari seluruh dunia.

Ketika Internet masih pada tahap 56kbps, permainan secara talian bukanlah sesuatu yang umum. Ketika ini banyak permainan RPG offline muncul, antaranya ialah Diablo.
Diablo telah diterbitkan oleh Blizzard North, sebuah produksi yang tidak asing lagi di kalangan para pemain mainan video. Ia juga dikenali kerana permainan terbitan Blizzard mempunyai animasi CG yang hampir realistik. Diablo mendapat sambutan hangat di kalangan para pemain mainan video, sehingga banyak tajuk RPG lain muncul untuk menyaingi kehebatannya.
Walaupun permainan secara talian kurang mendapat perhatian ketika itu, Diablo tetap mempunyai kapasiti untuk bermain secara talian dalam server Blizzard di Battle.net.
Cerita
Latar Diablo ialah zaman Pertengahan. Pemain akan ditugaskan dengan misi untuk menghapuskan kuasa jahat yang datang dari neraka. Musuh utamanya ialah Diablo, iaitu karakter paling muda daripada tiga adik-beradik neraka.
Diablo ialah raja keganasan sementara Mephisto raja kebencian dan Baal raja kemusnahan. Diablo berjaya melepaskan diri ke alam manusia dan telah menguasai jasad putera raja negara Khanduras.
Diablo merancang satu plot untuk mengambil alih dunia manusia; dan dia dibantu oleh manusia-manusia yang mudah dipengaruhi dengan kejahatan. Dia juga memiliki bala tentera dari neraka yang membunuh manusia dengan kejam.
Jalan ceritanya mungkin nampak mudah, tapi sebenarnya pemain akan tahu bahawa rancangan sebenar Diablo adalah untuk berperang dengan kuasa syurga. Bagi menghalang Diablo, pahlawan-pahlawan dari setiap pelosok negara Khanduras tampil untuk membunuh Diablo. Namun, setiap pahlawan yang mengembara untuk misi itu tidak pernah pulang.
Permainan
Sebelum memulakan permainan, pemain perlu memilih hero daripada tiga kelas utama: Warrior, Rogue dan Sorcerer. Setiap kelas ada kelebihan dan keunikan sendiri.

DIABLO mendapat sambutan hangat di kalangan para pemain mainan video.


Warrior merupakan pakar serangan dekat atau melee, dengan senjata utamanya pedang, kapak dan tukul perang. Rogue pula lebih bergantung kepada serangan jarak jauh dengan menggunakan panah dan busur. Sorcerer pula merupakan seorang pengamal silap mata, dan memiliki koleksi kuasa sakti yang amat berkuasa untuk membantunya membunuh musuh.
Ketiga-tiga kelas itu boleh menggunakan kelebihan kelas-kelas lain, namun ia tidak sehebat kelas yang memiliki kelebihan tersebut. Sebagai contoh, seorang Rogue boleh menggunakan pedang dan kapak untuk berlawan, tetapi kemusnahan yang diberikan kepada musuh tidaklah banyak jika dibandingkan dengan seorang Warrior yang menggunakan senjata yang sama.
Setiap kelas juga memiliki kemahiran yang istimewa. Warrior boleh membaik pulih sendiri senjata yang rosak, Rogue boleh mengesan dan menghapuskan jerangkap samar dan Sorcerer pula boleh menambah semula cas kuasa sakti kepada tongkat sakti.
Setiap pemain akan memulakan permainan di bandar Tristram, sebuah bandar di negara Khanduras. Penduduk bandar Tristram mempunyai fungsi masing-masing, sebagai contoh Griswold merupakan seorang tukang senjata. Dia boleh membantu pemain untuk membaik pulih senjata yang telah rosak. Pemain juga boleh mendapatkan misi-misi sampingan daripada penduduk bandar.
Untuk bermain Diablo, pemain hanya perlu point & click. Beberapa papan kekunci hotkey juga digunakan untuk menggunakan serangan magis. Pemain kemudian akan mengembara ke dalam lubuk bandar Tristram yang dihuni oleh mayat hidup, askar rangka dan bala tentera neraka. Semakin jauh pengembaraan, musuh yang menyerang akan menjadi lebih kuat.
Variasi musuh dalam Diablo juga banyak, setiap musuh memerlukan taktik yang sesuai untuk menewaskannya.
Inventori
Pemain akan memiliki satu inventori untuk menyimpan senjata dan barang-barang yang dipungut daripada musuh. Di dalam inventori, pemain boleh melengkapkan hero mereka dengan senjata, perisai, baju zirah dan topi perisai pilihan mereka. Senjata boleh diperoleh dengan membunuh musuh, dan mengumpulnya daripada kotak-kotak terkunci yang dijumpai ketika mengembara ataupun dibeli di bandar.



Senjata mempunyai variasi. Daripada senjata biasa hinggalah ke senjata yang unik dan mempunyai kuasa sakti. Senjata magis biasanya tidak boleh digunakan sehinggalah pemain pulang ke bandar Tristram dan mengenal pasti senjata tersebut daripada seorang penduduk bernama Cain. Senjata kuasa sakti mempunyai dua jenis kuasa pemusnah, sekiranya senjata itu mempunyai pemusnah api, maka musuh akan diserang dengan pemusnah senjata itu sendiri ditambah dengan pemusnah api.
Selain menyimpan senjata, pemain juga perlu menyimpan potion. Terdapat dua jenis potion utama iaitu potion merah dan potion biru.
Kuasa sakti
Semua kelas boleh menggunakan kuasa sakti, tetapi Sorcerer merupakan pengguna kuasa sakti yang paling optimum.

My Sporting Friends..

Macam2 Ada Di Sini !Klik Jer...