Meredah dunia Venetica

Dalam kembara Venetica, kematian atau Death mempunyai bentuk fizikal di mana ia akan bertindak mengikut arahan daripada Corpus.


PEMAIN akan memainkan watak Scarlett, anak kepada Death yang perlu mencari jawapan kepada pelbagai rahsia dan persoalan.




VENETICA merupakan sebuah permainan bercorak pemain ketiga (RPG); ala Tomb Raider dan Diablo. Tema permainan ini akan membawa pemain ke era Medieval Europe, seperti dilihat dalam filem-filemRobin Hood dan King Arthur.



Ia telah dibangunkan oleh Desk13 Interactive, sebuah produksi yang masih baru ditubuhkan jika dibandingkan dengan produksi-produksi terkenal yang lain.

Permainan ini telah diterbitkan pada September 2009, manakala versi bahasa Inggeris pula telah diterbitkan pada Januari 2010. Venetica boleh dimainkan pada platform Windows dan Xbox 360.
Plot utama
Dalam dunia Venetica, kematian atau Death mempunyai bentuk fizikal sendiri iaitu ia akan bertindak mengikut arahan daripada Corpus.
Untuk setiap generasi, Corpus akan memilih Death yang baru untuk meneruskan tugasan sebagai pembawa kematian. Namun, Corpus telah membuat kesilapan dengan memilih seorang Necromancer; seorang ahli sihir jahat sebagai Death.
Oleh kerana tidak berupaya menentang Necromancer ini, Corpus telah memilih seorang wanita bernama Scarlett, anak kepada seorang Death untuk menyelamatkan manusia sejagat.



Mekanisma permainan
Venetica mempunyai ciri-ciri yang sama dengan permainan RPG lain. Dalam permainan, pemain akan mengawal Scarlett dan mengembara mengikut plot utama cerita. Ia akan membawa pemain ke lokasi seperti perkampungan di pergunungan, pelabuhan dan bandar Venice.
Banyak masa yang dihabiskan oleh pemain adalah untuk menyelesaikan banyak teka-teki atau puzzledan misi sampingan; selain daripada misi utama. Pemain akan banyak melakukan kunjungan dari titik A ke titik B dan mengumpul maklumat.
Adakalanya, misi sampingan yang diberikan adalah terlalu mudah dan remeh, dan pemain boleh memilih untuk tidak mengambil misi sampingan ini. Sama ada dengan membunuh musuh atau menyelesaikan misi, pemain akan diberi ganjaran EXP, yang akan menaik taraf Scarlett.
Senjata dan pertempuran
Scarlett boleh menggunakan pelbagai jenis senjata. Secara am, terdapat kelas senjata short sword, sword, spear dan hammer. Tetapi untuk membunuh makhluk halus, pemain perlu menggunakan pedang MoonBlade, iaitu sebilah pedang yang diwarisi daripada Death.
Scarlett juga mampu menggunakan serangan Death, membolehkan pemain menggabungkan serangan magis dengan serangan fizikal. Pertempuran dalam Venetica adalah secara langsung dan hanya memerlukan sedikit strategi, iaitu dengan hanya menekan butang serang bertubi-tubi mampu membunuh musuh.
Untuk bertempur, pemain perlu menekan butang untuk membolehkan Scarlett memasuki mod bertempur. Cara itu tidak lazim dilakukan oleh permainan RPG lain.



Fizikal dan mental
Kebolehan fizikal dan mental Scarlett hanya boleh dipelajari daripada individu-individu tertentu dengan menggunakan skill point. Kebolehan fizikal adalah seperti kemahiran bermain pedang, tukul dan tombak beserta serangan istimewa senjata-senjata tersebut.
Kebolehan mental pula adalah kebolehan seorang Death, seperti Eye of The Lost untuk melihat roh danThe Whisper untuk bertutur dengan roh.
Untuk menggunakan kebolehan ini, pemain perlu meletakkan skil-skil ini kedalam Hot Bar yang mempunyai sembilan slot. Satu kekurangan di sini adalah untuk melakukan gerakan pertahanan senjata. Ia perlu dipelajari dan skil ini perlu diletakkan kedalam slot yang sepatutnya digunakan untuk kebolehan yang lebih berguna.
Jurnal dan inventori
Jurnal membolehkan pemain melihat status Scarlett dan keupayaannya, di samping melihat apakah misi-misi yang aktif dan yang perlu diselesaikan.
Ia juga mempunyai keupayaan menandakan pada peta lokasi yang perlu dikunjungi pemain. Inventori dalam Venetica pula adalah ringkas dan mudah difahami. Cuma terdapat sedikit kelainan iaitu ia tidak mempunyai gambar rajah tubuh, misalnya untuk mengenakan kelengkapan yang diperlukan, pemain perlu mengheretnya ke bahagian tubuh yang berkenaan.
Sebaliknya, pemain hanya perlu menekan butang dua kali ke atas alatan tersebut. Pemain juga mampu membancuh potion sendiri daripada herba-herba yang dikumpul sepanjang permainan.
Venetica adalah satu percubaan yang bagus daripada Desk13 Interactive. Ia memerlukan sedikit masa permainan sehingga pemain benar-benar menyukainya.
Namun, antara kelemahannya adalah kualiti lakonan suara yang biasa dan animasi yang adakalanya kelihatan kaku. Pemain yang baru berjinak dengan genre RPG mungkin tidak meminatinya, tetapi peminat RPG perlu mencubanya kerana ia memberikan pengalaman yang berbeza.

My Sporting Friends..

Macam2 Ada Di Sini !Klik Jer...