Sepantas gerakan Ninja

Permainan ini sesuai untuk pemain yang inginkan kepuasan segera. Ia mudah dan rigid tanpa memerlukan perancangan dan taktikal melampau.






NINJA Blade ialah sebuah permainan dibangunkan oleh From Software. Ia merupakan permainan bercorak aksi di mana menampilkan corak permainan yang memerlukan input yang tepat daripada pemain.
Pada awalnya Ninja Blade dikeluarkan untuk Xbox 360 pada April 2009, tetapi pada penghujung tahun lalu versi PC turut dikeluarkan. Walaupun ia boleh dimainkan di konsol Nextgen, kualiti grafiknya tidak begitu memuaskan. Namun terdapat beberapa aspek permainannya yang boleh menarik minat sesetengah pemain.
Virus Alpha
Kisah Ninja Blade bermula dengan penyebaran sejenis virus misteri di sebuah perkampungan yang terpencil. Virus itu menyebabkan cacing bersaiz mikro yang digelar Alpha Worm membiak di dalam tubuh mangsa, sekali gus menyebabkan kecacatan genetik.
Mangsa virus Alpha akan berubah menjadi seakan-akan zombie dengan kekuatan luar biasa dan tidak lagi siuman. Terkini, virus itu menyerang Tokyo, Jepun. Sekumpulan ninja elit digelar GUIDE kemudian ditugaskan untuk membendung virus tersebut daripada merebak ke seluruh dunia dan menamatkan tamadun manusia.



Cara permainan
Pemain akan mengawal Ken Ogawa, watak utama permainan itu. Bagi pemain yang berpengalaman, corak permainan Ninja Blade akan terasa seakan-akan permainan terkenal Capcom iaitu Devil May Cry. Dengan kawalan dari sudut pihak ketiga, pemain akan banyak menghabiskan masa menekan butang serangan bertubi-tubi untuk membunuh musuh kerana ia juga sebuah permainan yang bercorak Hack and Slash.
Di samping itu, pemain juga perlu mengemudi Ken untuk melepasi halangan-halangan yang terdiri daripada struktur bangunan yang telah musnah. Musuh biasa jarang memberi kesusahan kepada pemain, cuma level boss untuk setiap tahap akan mencabar pemain dari segi taktik yang perlu digunakan untuk menewaskan mereka. Pergerakan Ken juga menyerupai permainan Prince of Persia, di mana ia mampu melakukan gerakan wall-run.


PEMAIN akan mengawal watak Ken Ogawa dalam misi Ninja Blade.





Senjata
Pemain boleh menggunakan tiga senjata utama iaitu Oni-Slayer Blade; sebuah katana ninja istimewa,Stonerender Sword; sebuah pedang berat yang efektif menentang musuh-musuh besar dan Twin Falcon Knives; sepasang pedang yang digunakan untuk serangan jarak jauh dan juga untuk melepasi halangan seperti jurang yang luas.
Kesemua senjata itu boleh dinaik taraf, sekali gus meningkatkan keupayaan serangan di samping membolehkan pemain membuat rantaian serangan baru yang lebih berkuasa.
Satu lagi senjata adalah Cyclone Shuriken; yang digunakan bersama Ninjutsu, sejenis mentera ninja. Mentera yang digunakan adalah mentera elemen seperti angin dan api.
Ninja Vision
Ken mempunyai penglihatan tajam seorang ninja, yang boleh diaktifkan pemain. Ketika dalam modNinja Vision, pemain boleh meneliti objek-objek di skrin untuk mengesan barangan dan laluan-laluan tersembunyi.
Ia juga membantu pemain ketika menentang musuh, kerana dalam mod itu, gerakan pemain adalah lebih pantas sedikit berbanding musuh yang memberikan kesempatan kepada pemain untuk bertindak.Ninja Vision memerlukan Chi atau tenaga dalaman untuk diaktifkan.



Cinematic Mode
Pemain akan melalui cinematic mode yang kerap dalam Ninja Blade. Dengan musuh biasa, mod itu hanya diaktifkan sekiranya pemain menekan butang mengikut urutan yang betul. Pada level boss, mod itu akan diaktifkan secara automatik.
Semua gerakan dalam mod itu telah diprogramkan,dan fungsi pemain hanyalah menekan butang dan melihat animasi selain aksi akrobatik Ken.
Ninja Blade tidak menawarkan sesuatu yang baru kepada pemain permainan video. Mekanisme permainannya adalah ringkas dan terlalu mudah, manakala plot ceritanya pula agak rigid. Cinematic mode mungkin kelihatan hebat pada mulanya, tetapi pemain mungkin akan berasa bosan setelah lama bermain.

My Sporting Friends..

Macam2 Ada Di Sini !Klik Jer...